Cup Prix Zaman Kegemilangan Suzuki RG Sport Di Taiping 1996.
Jika mahu bercerita berhubung kapcai Suzuki, model RG Sport antara jenama jentera dua roda yang pernah menempa kegemilangan di kalangan peminat motosikal tempatan sekitar era 1990-an. Dikenali sebagai moped sempurna pada zaman kemuncaknya, sebutlah apa saja tentang RG Sports, segalanya sangat terbaik berbanding lawan dalam kelas sama. Masa tu orang layan handle kepak lagi apa lagi?